Besi Cerucuk Tembusi Kepala Penyelia Tapak

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang penyelia tapak binaan maut selepas terjatuh dan tertusuk cerucuk besi sehingga menembusi kepalanya di Lebuh Farquhar di sini, Rabu.

Mohd Fikri Mohd Khidi, 27, mati di tempat kejadian apabila besi sepanjang 0.3 meter itu tertusuk pada mata kirinya dan tembus sehingga ke belakang kepalanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Mohd Rozairi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 10.30 pagi itu, tangga tempat mangsa berpijak secara tiba-tiba terbalik menyebabkan dia terjatuh.

"Mangsa jatuh daripada ketinggian 2.4 meter dan ditemui dalam keadaan tertiarap di antara barisan cerucuk besi yang berada di atas lantai tapak binaan itu," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Beliau berkata pihaknya terpaksa memotong sebahagian besi daripada bahagian belakang kepala mangsa untuk memudahkan tubuhnya dialih dari tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi berkata mayat lelaki dari Kulim, Kedah itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: Penyelia Tapak

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan