'Money' Mati Dalam Kejadian Berbalas Tembakan

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 11:28 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH:  Seorang penjenayah berbahaya dan sangat dikehendaki polis yang dikenali sebagai 'Money' mati selepas berbalas tembak dengan pasukan keselamatan di Lorong Kubur, di sini pagi Rabu.

Money atau nama sebenarnya K.Jevanantha, 49 mempunyai 53 rekod jenayah termasuk kes bunuh, samun dan curi kereta dan dikehendaki polis di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Johor.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah sepasukan polis bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah SPU yang menjalankan Ops CantasKhas/Ops Kargo pada pukul 5 pagi tadi.

"Polis mengarahkan lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 itu berhenti. Dia berhenti kira-kira tiga meter daripada kereta polis dan sebaik turun daripada motosikalnya lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah polis.

Lelaki yang berasal dari kawasan Pantai Bersih, dekat sini itu melepaskan empat das tembakan, satu daripadanya mengenai bahagian kanan kereta polis manakala tiga lagi tersasar," katanya pada sidang akhbar, Rabu.

Beliau berkata tindakan lelaki terbabit menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan dan dua das tembakan polis itu mengenai dada dan kepala lelaki terbabit.

Abdul Rahman berkata polis merampas sepucuk pistol semi auto Browning danempat butir peluru bersama lelaki terbabit.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati motosikal yang ditunggang lelaki berkenaan adalah kenderan curi yang dilapor hilang Februari lepas di Tasek Gelugor, dekat sini.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitternya pagi ini mengucapkan tahniah kepada IPD SPU atas kejayaan menembak mati penjenayah berbahaya itu.

"Syabas JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah), SPU @PDRMsia Penang pagi tadi tumpaskan seorang penjenayah yang sangat dikehendaki di B'worth dalam insiden berbalas tembakan. Go PDRM Go," kata Khalid dalam catatat Twitternya. 

Tags / Kata Kunci: Money , tembak polis

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan