Mohamad Nur Akram Sempat Telefon Ibu Tanya Khabar

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 6:31 PM

Mohamad Nur Akram maut disyaki dipukul oleh pelajar senior di bilik asrama kolej akibat salah faham di sini Kota Baru, Kelantan, tengah malam Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Pelajar kolej vokasional di Bachok yang meninggal dunia akibat dipukul pelajar senior kolej berkenaan sempat menelefon ibunya untuk bertanya khabar tentang keluarga sebelum kejadian.

Ayah mangsa Zime Yaakob, 49, berkata anaknya Mohamad Nur Akram, 16, baru memasuki kolej berkenaan tiga bulan lepas selepas bertukar daripada Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah di Raub, Pahang.

"Dia mahu bersekolah di Kelantan jadi kami tiada pilihan lain, kami bawa dia untuk belajar di kolej berkenaan.

"Arwah juga tidak pernah mengadu apa-apa masalah sepanjang belajar di situ, dia juga sempat menelefon ibunya, kira-kira pukul 10 malam tadi untuk bertanya khabar," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, Selasa.

Zime berkata dia tidak menyangka panggilan telefon sebanyak empat kali pada pukul 1 pagi itu membawa berita mengenai kematian anak keempatnya itu.

"Saya ada menerima panggilan telefon dari warden sekolah yang meminta kami segera ke klinik Bachok, mereka kata anak saya ketika itu berada dalam keadaan tenat.

"Tanpa mengetahui punca kejadian, kami bergegas ke sana sehinggalah dimaklumkan kejadian sebenar ketika tiba di klinik itu," katanya.

Beliau berkata keluarganya reda dengan pemergian anaknya yang disifatkan sebagai anak yang baik serta pendiam.

"Kali terakhir kami berjumpa dengannya adalah ketika cuti sekolah baru-baru ini sebelum dia kembali ke asrama," katanya.

Difahamkan hari ini (Selasa) merupakan hari lahir mangsa.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim pada Selasa berkata mangsa Mohamad Nur Akram maut selepas disyaki dipukul oleh pelajar senior di bilik asrama kolej berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam Isnin, mangsa dikatakan sedang tidur sebelum dikejutkan suspek yang berusia 17 tahun yang bertindak memukul mangsa dipercayai akibat salah faham.

Mohamad Nur Akram dikatakan tidak sedarkan diri selepas disepak sebanyak dua kali oleh pelajar senior terbabit sebelum disahkan meninggal pada 1.30 pagi Selasa di sebuah klinik kesihatan di Bachok.

Mayat mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Berangan, Pasir Puteh pada Selasa.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan