Rempuh Pam Minyak, Seorang Maut, Tiga Parah

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 12:35 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta Proton Iswara yang mereka naiki terbabas dan melanggar besi penghadang pam minyak Shell di Jalan Prayer di sini, Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Md Zain berkata Heddriawan Awang, 27, yang memandu kereta berkenaan mati di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati, dalam kejadian pada 9.45 malam itu, kereta dinaiki mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang pam stesen minyak berkenaan, katanya di sini, Isnin.

Katanya, tiga yang cedera parah terdiri daripada dua penumpang lelaki dan seorang penumpang wanita berusia lingkungan 20-an yang menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan. Keadaan mereka dilaporkan stabil.

Beliau berkata kenderaan lain yang terlibat dengan kemalangan itu tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftaran dan jenisnya serta tidak berhenti di tempat kejadian selepas nahas berlaku.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan, katanya.

Tags / Kata Kunci: Pam Minyak , Sandakan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan