Cubaan Sembunyi Dadah Dalam Mesin Basuh Gagal - Berita Jenayah | mStar

Cubaan Sembunyi Dadah Dalam Mesin Basuh Gagal

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 5:54 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cubaan untuk menyembunyikan dadah dalam mesin basuh gagal selepas polis membuat serbuan di sebuah unit apartmen dan merampas 21.6 kilogram (kg) ganja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata, pasukan khas menahan seorang lelaki warga Nigeria berumur 30 tahun dekat sebuah lif di Blok E Mentari Court Apartment 15 minit sebelum menyerbu sebuah unit pada kira-kira pukul 9.45 malam.

"Polis membuat pemeriksaan terhadap pelajar universiti itu dan menjumpai kunci rumahnya, tiga telefon bimbit dan sekeping pasport Nigeria," katanya.

Penahanan lelaki itu membawa kepada penemuan dadah yang disembunyikan di dalam mesin basuh di rumahnya.

"Kita merampas sebuah beg plastik yang mengandungi 20.5kg ganja dan 81 paket mengandungi dadah jenis yang sama dengan berat kira-kira 1.1kg," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah yang membawa hukuman mati jika disabitkan bersalah.

Tags / Kata Kunci: dadah
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan