Suami Isteri Ditahan Bantu Siasat Kes Bunuh

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah rumah di Jalan Kampung Jawa, Seksyen 36,di sini Selasa lepas. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata kedua-duanya ditahan di sebuah premis di Kamunting, Taiping awal pagi Sabtu.     

"Suspek berumur 30 tahun bersama isterinya yang berumur 35 tahun ditahan reman bermula hari ini sehingga 17 Mei bagi melengkapkan siasatan polis," katanya.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai M. Gunalan, 37, meninggal dunia setelah mengalami kecederaan parah akibat ditetak oleh suspek yang juga merupakan abang mangsa.

Punca kejadian dipercayai disebabkan perselisihan faham antara mangsa dan suspek melibatkan perebutan harta. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jenayah , Bunuh

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan