SPRM Saran Kerajaan Semak Semula Undang-Undang Berkaitan Rasuah

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 9:07 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan disaran menyemak semula undang-undang berkaitan rasuah sedia ada secara holistik dan telus sebagai langkah lebih serius dalam menangani kegiatan tidak bermoral itu.

Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata semua pihak tidak seharusnya mudah berpuas hati dengan peruntukan sedia ada sedangkan ia sebenarnya dilihat perlu ditambah baik.

"Jenayah rasuah kini menjadi semakin sofistikated dan kompleks menyebabkan pemerkasaan undang-undang rasuah wajar dilaksanakan melalui proses perubahan,penambahbaikan dan pematangan.

"Malah, beberapa pindaan undang-undang telah disyorkan kepada kerajaan sebagai langkah bagi menjadikan SPRM lebih berkesan," katanya dalam ucapan selepas menerima Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang sempena Istiadat

Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-82, di sini hari ini. Ijazah doktor kehormat itu disampaikan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub.

Abu Kassim berkata kesukaran mendapatkan keterangan dan bukti perlakuan rasuah juga masih menjadi cabaran utama dalam penyiasatan suruhanjaya itu berikutan tafsiran undang-undang sedia ada kadang kala tidak memihak kepada siasatan SPRM.

Ini kerana, katanya, sistem pembuktian menetapkan standard yang tinggi menyebabkan pihaknya perlu sentiasa meneroka kaedah baharu dalam memastikan kemahiran menjalankan siasatan dapat difahami oleh mahkamah untuk sebarang pendakwaan.

"Kami sedia maklum bahawa perlakuan rasuah berbeza berbanding kes-kes jenayah lain dan kuasa siasatan SPRM adalah terhad kepada kesalahan yang hanya ditetapkan undang-undang walaupun diakui harapan orang ramai terhadap suruhanjaya kini semakin tinggi," katanya.

Abu Kassim berkata rakyat sentiasa menyalah tafsir bidang kuasa SPRM dengan menganggap suruhanjaya itu boleh terus menyiasat mana-mana individu yang hidup mewah di luar kemampuan dengan meminta mereka mengisytiharkan harta serta-merta.

Jelasnya, masyarakat seharusnya lebih faham bidang kuasa sebenar SPRM yang tidak boleh sewenang-wenangnya mengarahkan mana-mana pihak mengisytiharkan harta sekiranya tiada kaitan dengan perbuatan rasuah melainkan mengikut batas undang-undang.

Justeru, katanya syor bagi mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan khusus bagi SPRM dan penggubalan peruntukan khas berkaitan salah laku penjawat awam yang pernah diketengahkan pihaknya sebelum ini diharap dapat menjadi kenyataan dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, Abu Kassim berkata SPRM juga telah mengorak langkah meningkatkan lagi kapasiti warga kerja suruhanjaya itu dengan mengadakan kerjasama dengan Fakulti Undang-undang UiTM dalam bidang penyelidikan, nasihat perundangan serta penyediaan latihan dan kepakaran.

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: SPRM , Rasuah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan