Polis Temui Pisau Diguna Ustaz Bunuh Janda

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 9:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan seorang guru agama dalam kes bunuh seorang janda beranak empat di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu, Rabu lepas. 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata, pisau berkenaan yang menjadi bukti kukuh dalam kes itu dijumpai di dalam Sungai Tua, Ulu Yam dekat sini, kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

"Operasi pencarian senjata itu disertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Hulu Selangor dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu Selangor selain
bantuan Orang Asli," katanya kepada Bernama di sini. 

Beliau berkata dengan penemuan bahan bukti itu, pihaknya yakin kes tersebut telah selesai. 

Dalam kejadian Rabu lepas, Nur Salina Nazir, 34, yang menjalankan perniagaan dalam talian dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah
Agama Kuala Kubu Baharu. 

Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan
dan kiri serta lengan kiri. 

Susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama berusia 29 tahun di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesak untuk berkahwin dengannya. 
-- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jenayah , Tikam

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan