Pertandingan Ratu Cantik Pondan Miri Diharamkan

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Penganjur pertandingan Ratu Pondan diberi amaran keras supaya tidak mengadakan pertandingan itu di Bandaraya Miri bersempena sambutan apa jua perayaan, termasuk hari bandar raya, yang disambut setiap tahun.

Datuk Bandar Miri Lawrence Lai berkata Majlis Bandaraya Miri (MBM) tidak akan menyokong sebarang permohonan untuk mengadakan acara sedemikian kerana memahami sensitiviti agama dan budaya setempat.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa peningkatan trend pertandingan ratu pondan di sini adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 Bandaraya Miri yang diraikan pada 20 Mei.

"MBM tidak pernah meluluskan atau memberi kebenaran bagi penganjuran acara seperti itu dan ia bukan sebahagian daripada sambutan Hari Bandaraya Miri kami," katanya pada Sabtu.

Lai mengulas tentang pertandingan Miss Transuniverse Miri 2015 yang dijadual diadakan hari ini di sebuah hotel di sini yang membangkitkan kemarahan kalangan masyarakat setempat.

Berdasarkan semakan dengan para pegawainya, Lai berkata tiada lesen atau permit dikeluarkan bagi acara itu dan MBM pastinya tidak pernah terlibat secara langsung dengan penganjur pertandingan itu.

Khamis lepas, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Sarawak (MAPIM) Mohammad Fariduddeen Rosli mengeluarkan kenyataan media memohon penganjur membatalkan acara itu.

"Kami menerima maklumat bahawa terdapat peserta beragama Islam dalam pertandingan itu yang jelas merupakan kesalahan mengikut Seksyen 25, Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001, Ordinan 46 Tahun 2001," katanya.

Beliau menggesa pihak berkuasa terutamanya Jabatan Hal Ehwal Islam Sarawak supaya mengambil tindakan segera sekiranya acara seperti itu diadakan.

Persatuan Dayak Miri turut berkongsi sentimen berhubung perkara itu terutamanya apabila ia melibatkan busana tradisional Iban dan mahu kerajaan negeri mengharamkan acara itu di Sarawak.

Presidennya Serawa Budol berkata pertandingan ratu cantik yang menonjolkan golongan pondan menggunakan tema atau busana tradisional Iban perlu diharamkan serta merta memandangkan ia mencemarkan budaya, sejarah dan kesucian tradisi silam kaum Iban di Sarawak.

Tags / Kata Kunci: Pondan , Miri

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan