Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Terbunuh Dalam Nahas Helikopter Di Pakistan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 5:41 PM

Gambar Datin Habibah Mahmud (tiga, kanan) bersama suaminya, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar bersama diplomat asing lain di dalam helikopter menuju ke Gilgit. Gambar diambil di Facebook Dr Hasrul Sani.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan isteri Duta Besar Indonesia ke Pakistan antara enam yang terbunuh apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di sebuah sekolah di utara Pakistan, menurut laporan agensi berita antarabangsa.

Duta Norway Leif H. Larsen dan Duta Filipina Domingo D. Lucenario Jr juga dikatakan berada dalam penerbangan bersama dengan dua juruterbang. Semua mereka dilaporkan dibunuh.

AFP melaporkan konvoi tiga helikopter sedang membawa delegasi diplomat asing dan pembantu mereka ke wilayah Gilgit-Baltistan di Pakistan, yang merupakan sebahagian daripada wilayah yang menjadi pertikaian di Kashmir.

"Maklumat setakat ini, dua juruterbang dan dua-tiga warga asing terkorban. Tiga belas mangsa mengalami pelbagai tahap kecederaan," jurucakap tentera Pakistan, Asim Bajwa, menulis di Twitter.

"Ia adalah perjalanan diplomatik melibatkan ahli dari 37 negara," kata seorang penumpang di salah sebuah helikopter yang tidak mahu dikenali, sambil menambah sekolah berkenaan terbakar selepas nahas tersebut.

"Kami telah diberitahu untuk menghantar seberapa banyak ambulans kerana keadaan di sana adalah 'cemas'," kata seorang pegawai kanan.

Mereka yang cedera dibawa melalui udara ke hospital tentera di Gilgit, pusat pentadbiran di rantau ini, kira-kira 50 kilometer (30 batu) ke barat daya, tambah seorang lagi pegawai kanan polis tempatan.
Tags / Kata Kunci: nahas helikopter , diplomatik , duta Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan