Pemerdagangan Manusia: Datuk Bandar Padang Besar Antara Yang Ditangkap

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 10:27 PM

Pelarian, dipercayai dari Myanmar dan Bangladesh, duduk beramai-ramai selepas mereka ditahan polis di wilayah selatan Songkhla Thailand, Jumaat. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

SONGKHLA: Pihak berkuasa Thailand mula menangkap mereka yang disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan manusia di selatan Thailand termasuk Datuk Bandar Padang Besar Banjong Phongphol.

Timbalan Polis Bahagian ke-9 Maj. Gen. Pol. Puttichat Akhachan berkata soal siasat terhadap Banjong dan dua orang pegawai polis dilakukan di Pusat Operasi Polis Bahagian ke-9, Balai Polis Hatyai.

Sebanyak 29 waran tangkap dikeluarkan selepas kes pemerdagangan manusia terbongkar berikutan penemuan mayat-mayat warga asing lebih kurang 300 meter dari sempadan Malaysia-Thailand.

Beliau berkata polis telah menyelamatkan 55 orang mangsa pemerdagangan manusia iaitu 24 orang Rohingya, 15 Bangladesh dan 16 orang lagi yang masih disiasat latar belakang mereka.

Pihak berkuasa juga menemui 33 mayat sehingga ini dan belum lagi menggali kubur-kubur lama yang disyaki tempat pengebumian 30 orang warga Rohingya yang meninggal semasa cuba merentas masuk ke Malaysia.

Kerja penggalian akan dilakukan selepas pihak berkuasa berbincang dengan pejabat Sheikul Islam dan buat masa ini, kawasan itu diisytihar kawasan larangan masuk.

Hari ini, 60 orang warga Rohingya dan Bangladesh ditemui kelaparan di Bukit Khaokeaw, kawasan sempadan daerah Hatyai dan Rattapum.

Mereka ditempatkan di kawasan sekolah Ban Klongto sementara menunggu disiasat.

Dalam tempoh dua hari ini sejumlah 95 orang telah ditemui dan siasatan pihak berkuasa menunjukkan mereka menaiki kapal dari Myanmar dan tiba di wilayah Satun.

Kemudian mereka berjalan menuju ke kawasan bukit itu untuk meneruskan perjalanan menyeludup masuk ke Malaysia tetapi mereka telah ditinggalkan oleh orang tengah selepas pihak berkuasa menemui kubur di atas Bukit Khao Rup Chang, di daerah Padang Besar baru-baru ini.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan