Polis Rampas 1.4 Juta Pil Erimin 5 Bernilai RM29 Juta - Berita Jenayah | mStar

Polis Rampas 1.4 Juta Pil Erimin 5 Bernilai RM29 Juta

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 12:40 PM

Mohd Mokhtar meneliti hasi rampasan pasukan STING dengan kerjasama agensi Taiwan di Bukit Aman, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis berjaya merampas dadah jenis erimin 5 berjumlah 1.4 juta membabitkan nilai sebanyak RM29 juta berikutan penahanan enam suspek termasuk sepasang suami isteri, dua warga Taiwan serta seorang rakyat Indonesia dalam dua serbuan berasingan, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis perniagaan di Jalan Bukit Bintang dan kediaman di Jalan Sultan Ismail di sini antara pukul 10.50 malam hingga 11.10 malam, Khamis lalu.

Jumlah keseluruhan yang berjaya dirampas ialah sebanyak 410 kilogram pil erimin 5 bersama wang tunai bernilai RM7,435 dan barang kemas bernilai RM7,200.

"Enam suspek yang ditangkap terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita, dua lelaki warga Thailand dan seorang lelaki rakyat Indonesia berusia sekitar 23 hingga 60 tahun.

"Sindiket tersebut dapat dilumpuhkan selepas pengawasan selama beberapa bulan dilakukan bersama pasukan khas Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dengan kerjasama Biro Siasatan Jenayah Agensi Polis Nasional Taiwan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Persekutuan, di sini, Rabu.

Beliau berkata, salah seorang suspek turut memiliki tujuh rekod jenayah dengan pelbagai kesalahan termasuk berkaitan dadah.

Tags / Kata Kunci: PDRM , Pil Erimin 5 , STING
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan