Lebih 10,000 Pelekat Cukai Jalan Diseludup Keluar Dari JPJ - SPRM

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 9:44 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mengesan terdapat lebih 10,000 keping pelekat cukai jalan diseludup keluar daripada simpanan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di antara November tahun lepas hingga Mac tahun ini.

SPRM negeri turut mengesan sejumlah 1,500 geran kenderaan telah dikeluarkan tanpa kebenaran yang sah oleh kakitangan JPJ daripada simpanan JPJ yang mungkin digunakan bagi tujuan memalsukan pelbagai jenis kenderaan.

Siasatan mendapati pihak sindiket menjual sekeping pelekat cukai jalan asli antara RM450 hingga RM800, manakala sekeping geran kereta pula boleh mencecah sehingga RM1,200.

Susulan itu, SPRM negeri telah menahan empat individu termasuk dua kakitangan JPJ berhubung kegiatan kenderaan klon dalam 'Ops Photostat' yang dijalankan baru-baru ini.

Keempat-empatnya termasuk seorang wanita yang berusia lingkungan 20 dan 30-an itu diberkas secara berasingan di sekitar daerah ini minggu lalu.

Kedua-dua orang awam berkenaan ditangkap kerana berperanan menjadi orang tengah bagi sindiket ini manakala dua orang kakitangan JPJ pula ditahan kerana disyaki menerima imbuhan berupa wang tunai bagi menyalurkan setiap maklumat pendaftaran kenderaan kepada orang tengah dan mengeluarkan pelekat cukai jalan dan geran kereta yang masih kosong daripada simpanan JPJ.

Pengarah SPRM negeri Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan menggesa semua pemilik kereta klon di negeri ini supaya tampil menyerahkan kenderaan mereka secara sukarela kepada pejabat SPRM negeri bagi mengelak dikenakan hukuman.

Sehingga kini, sebanyak 16 buah kenderaan disyaki kenderaan skrap telah disita dan 11 orang termasuk sembilan lelaki dan dua wanita telah ditangkap sejak 'Ops Photostat' dijalankan bulan lepas.

Tags / Kata Kunci: Ops Photostat , pelekat cukai jalan , Sprm

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan