Ops Warta Di Sarawak Bermula Isnin

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 9:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ops Warta bagi mengesan pesalah trafik di negeri ini akan bermula Isnin ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, DSP Alexon Naga Chabu berkata lebih 400 individu telah dikeluarkan tiga atau lebih waran tangkap.

Beliau berkata senarai penuh pesalah telah dihantar ke ibu pejabat trafik wilayah.

Individu yang dikeluarkan waran oleh mahkamah tetapi tidak menghadiri perbicaraan akan turut diburu, katanya.

Naga berkata orang ramai boleh menyemak sama ada mereka mempunyai kesalahantrafik melalui www.rmp.gov.my, www.rilek.com.my dan www.myeg.com.

Beliau berkata kaunter membayar saman di balai polis dibuka pada haribekerja bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam dan di kawasan luar bandar sehingga 5 petang.

"Orang ramai diberi masa dua minggu untuk menyelesaikan saman mereka,"katanya dan menambah sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke rumah akan diadakan bagi mengesan pesalah trafik sebelum mereka ditangkap dan diheret ke mahkamah.

Tags / Kata Kunci: Ops Warta , Sarawak

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan