PDRM, Polis Thailand Kongsi Maklumat Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 11:04 PM

Khalid (kanan) pada sidang media di (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) pada Rabu. Foto: Gary Chen/The Star

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama dengan Polis Thailand bagi berkongsi maklumat berhubung sindiket pemerdagangan manusia yang aktif di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Dalam usaha membanteras kegiatan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Thailand di Phuket, Thailand minggu depan.

"Jika ada maklumat sindiket yang memperdagangkan manusia, kami sentiasa berkongsi...sebelum ini juga kita sentiasa berurusan dengan Polis Thailand dalam hal-hal jenayah termasuk pemerdagangan manusia.

"Setiap jabatan kita (PDRM Malaysia) juga  sentiasa berhubung dengan Polis Thailand, dan negeri-negeri di sempadan seperti Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan memang mempunyai hubungan yang baik dengan mereka dalam membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, Rabu. 

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar mengenaisindiket pemerdagangan manusia di Thailand yang menjadikan kira-kira 250,000 rakyat Bangladesh sebagai tawaran pertukaran dengan wang tebusan sejak lapan tahun lepas dan mengutip berjuta-juta baht hasil kegiatan itu.

Akhbar itu juga melaporkan pendatang terbabit dijanjikan pekerjaan dan kehidupan lebih baik di Malaysia dengan kebanyakan mereka adalah dari negara-negara miskin yang menjadikan Thailand sebagai transit sebelum ke Malaysia.

Sementara itu, Khalid berkata undang-undang sedia ada di Malaysia adalah mencukupi untuk mendakwa individu yang terbabit dengan kegiatan lumba haram malah, PDRM mengambil tindakan penguatkuasaan lebih ketat untuk membendung kegiatan itu termasuk melaksanakan Ops Warta bagi memburu pesalah trafik.

"Kita akan meningkatkan penguatkuasaan terutama di kawasan yang dikenal pasti (tempat lumba haram) dalam usaha mengekang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Sebuah akhbar pada Rabu melaporkan sekurang-kurangnya sembilan laluan lebuh raya sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan menjadi tumpuan kegiatan lumba haram motosikal dan kereta walaupun operasi pembanterasan dijalankan.

Mengenai kes Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, yang didapati bersalah oleh mahkamah di London pada 30  April lepas kerana memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak, Khalid berkata polis akan memantau tertuduh sejurus pulang ke negara ini.

Ditanya sama ada perlu didedahkan indentiti pesalah jenayah terhadap kanak-kanak di negara ini, beliau berkata polis mempunyai rekod pesalah namun tidak mendedahkannya kepada umum.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan