Ketua Geng Buyong Ditahan Di bawah POCA

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Polis Kelantan menahan seorang lelaki dipercayai ketua geng 'Buyong' yang terlibat dalam kegiatan jenayah di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang oleh anggota cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di hadapan Bangunan Great Wall di Kampung Dusun Raja di sini pada Rabu lepas.

"Kita sudah berjaya tahan suspek yang dikenali sebagai Buyong dan dia memang dikehendaki sejak tahun 2011 lagi kerana terlibat dalam pelbagai jenayah dan bersembunyi di Thailand," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Pasukan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Kontinjen Kelantan di IPK Kelantan di sini, Rabu.

"Kumpulan Buyong terlibat dalam jenayah senjata api dan dadah. Mereka tidak kacau orang awam cuma bergaduh seasama sendiri kerana tidak mempunyai persefahaman.

"Kumpulan ini masih lagi wujud namun tidak begitu menonjol kerana kita sentiasa menjalankan operasi untuk membanteras kumpulan ini," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata pelajar diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu terutama menerusi media sosial kerana ia boleh menyebabkan sesuatu perkara itu menjadi viral.

Sebaliknya mereka perlu mendapatkan pengesahan mengenai sesuatu perkara terlebih dahulu, katanya.

Tags / Kata Kunci: POCA , Geng Buyong

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan