Tiada Bukti Kaitkan Rakyat Malaysia Dengan Kem Pemerdagangan Manusia Di Sempadan Thailand

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 11:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Belum ada bukti untuk mengaitkan penglibatan rakyat Malaysia dalam sindiket pemerdagangan manusia di sebuah kem di kawasan hutan terpencil di selatan Thailand, dekat sempadan negara yang diserbu pihak berkuasa Thailand 1 Mei lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sehingga kini pihaknya masih menunggu maklumat terperinci berhubung kes itu.

"Saya sudah meminta pegawai kementerian untuk memeriksa dengan pihak berkuasa Thailand, bagaimanapun setakat ini kita belum menerima sebarang maklumat terperinci.

"Walaupun ia berlaku di sempadan Malaysia-Thailand tetapi ia berlaku di sebelah sempadan Thailand, menyebabkan pihak berkuasa kita tidak boleh sewenang-wenangnya memasuki kawasan tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Isnin.

Akhbar melaporkan beberapa rakyat Malaysia didakwa menjadi anggota kumpulan itu dan terbabit dalam penderaan ke atas sekurang-kurangnya 800 pendatang asing yang ditahan di kem yang dibina sindiket.

Sebelum ini, pihak berkuasa Thailand menemui kubur besar menempatkan berpuluh-puluh mayat yang dikebumikan dalam satu kubur besar di Sadao, Songhkla terletak kira-kira 50 meter dari kem tahanan tersebut.

Setakat ini pihak berkuasa Thailand telah menemui 26 mayat di kawasan itu dan usaha menggali di kawasan kubur besar itu masih diteruskan, dipercayai digunakan untuk mengebumikan pendatang dari Bangladesh dan orang Islam Rohingya yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata lokasi kem terbabit merupakan laluan yang kerap digunakan sindiket pemerdagangan manusia.

"Serbuan tersebut membuktikan memang terdapat kegiatan 'human trafficking' di sempadan Malaysia dan Thailand," katanya. -- Bernama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan