Hampir Putus Telinga Gara-Gara Ragut Wanita

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 11:24 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Tindakan meragut seorang wanita membawa padah kepada dua lelaki apabila bukan hanya ditangkap malah seorang daripadanya hampir putus telinga kiri selepas dibelasah orang awam dalam kejadian di Kampung Tanjung Chat di sini malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Baru, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata dalam insiden kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, seorang wanita berusia 50 tahun, berada berhampiran pintu pagar hadapan rumahnya.

Beliau berkata kedua-dua suspek dikatakan meninggalkan motosikal mereka di tepi jalan berdekatan sebelum seorang daripada mereka mendekati dan meragut beg mangsa.

"Anak lelaki dan seorang saudara mangsa cuba membantu selepas melihat kejadian itu tetapi seorang lagi suspek membawa sebatang kayu dan memukul mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Isnin.

Rohaimi berkata, dalam keadaan tegang itu, kedua-dua suspek melarikan diri dengan motosikal namun hampir sejam kemudian berjaya ditangkap orang ramai 200 meter dari tempat kejadian.

Menurut Rohaimi, seorang daripada suspek yang cedera parah di telinga kiri dan pipi dipercayai kesan hirisan benda tajam, dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan dilaporkan stabil manakala seorang lagi suspek cedera ringan dan ditahan untuk siasatan.

"Hasil siasatan menunjukkan kedua-dua suspek berusia 30-an yang berasal dari Wakaf Baharu, Tumpat itu mempunyai rekod kesalahan lampau berhubung kes dadah dan mendatangkan kecederaan," katanya sambil menambah motosikal yang digunakan adalah kenderaan curi.

Beliau berkata setakat ini, polis masih cuba mengesan beg tangan yang dicuri yang dikatakan mengandungi wang tunai RM1,000, buku bank dan barangan berharga.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan kekerasan kepada mana-mana suspek kes jenayah tetapi menyerahkannya kepada pihak polis.

Tags / Kata Kunci: ragut , Kampung Tanjung Chat

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan