36 Lelaki Sedang Leka Berjudi, Sabung Ayam Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2015 5:08 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tiga puluh enam lelaki yang sedang leka  berjudi sabung ayam dan 'See Goh Lak' tidak sempat melarikan diri apabila polis menyerbu kawasan perjudian mereka di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, dalam serbuan pada kira-kira 4.30 petang itu, kesemua lelaki terbabit berjaya ditahan, terdiri daripada 28 warga tempatan, tujuh warga Indonesia dan seorang warga Singapura.

Polis turut merampas peralatan judi 'See Goh Lak' dan sabung ayam serta 12 ekor ayam sabung dan wang tunai RM2,360, katanya dalam kenyataan, di sini, Isnin.

Katanya, kesemua lelaki berusia 30-an hingga 50-an itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini untuk siasatan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Binatang 1953.-- Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan