Polis Tahan Wanita Buang Bayi Lelaki

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 11:13 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Polis menahan seorang wanita berusia 27 tahun susulan laporan penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup di dalam longkang di belakang sebuah rumah di Felda Lok Heng, dekat sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata pihaknya mendapat maklumat pada pukul 2.30 petang semalam berhubung penemuan bayi yang baru dilahirkan di dalam longkang rumah jirannya.

Beliau berkata bayi itu kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Lok Heng untuk rawatan dan seterusnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.

Rahmat berkata siasatan awal mendapati bayi itu, yang dipercayai baru dilahirkan lebih kurang sejam dan masih bertali pusat, ditemui dalam keadaan tertiarap dan menangis di dalam longkang di belakang sebuah rumah.

"Berikutan itu, anggota kita juga berjaya menahan seorang wanita dipercayai ibu bayi tersebut, berasal dari Ulu Tiram, yang dipercayai melahirkan bayi terbabit di dalam tandas rumah saudaranya tanpa pengetahuan sesiapa," kata beliau dalam kenyataan di sini, Ahad.

Rahmat berkata siasatan lanjut mendapati wanita itu membuang bayi tersebut dari tandas ke luar rumah melalui ruang antara dinding dan bumbung sebelum bayi itu terjatuh ke dalam longkang yang tidak mengandungi air dan hanya pasir basah.

Beliau berkata wanita terbabit ditahan reman selama sehingga 4 Mei ini bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Bayi , Kota Tinggi , Polis

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan