Bantah GST: Rafizi, Hishamuddin Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 6:17 PM

Rafizi Ramli

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais telah ditangkap kerana terlibat dalam perhimpunan bantah GST pada Jumaat.

Posting di laman Facebook Rafizi pada pukul 12.04 Sabtu menunjukkan bahawa pemimpin PKR itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur selepas beliau pergi ke sana untuk menawarkan 'kerjasama' berhubung siasatan perhimpunan tersebut.

Rafizi kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata Rafizi telah ditangkap di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perhimpunan haram.

Menurut Zainuddin, dia akan ditahan semalaman di lokap berpusat Jinjang. Pendengaran reman beliau dijadualkan Ahad.

Sementara itu, Hishamuddin, telah ditangkap pada Sabtu di rumahnya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, portal berita dalam talian melaporkan.

Zainuddin mengesahkan bahawa Hishamuddin akan turut ditahan semalaman di lokap berpusat Jinjang sebelum pendengaran reman pada Ahad.

Beliau juga telah ditangkap kerana penglibatannya dalam perhimpunan Jumaat.
Tags / Kata Kunci: Rafizi Ramli , Hishamuddin Rais , bantah GST

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan