Bantah GST: Penyokong Berkumpul Di Lokap Jinjang Untuk Pendengaran Reman

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 1:16 PM

Sebahagian penyokong yang berkumpul di luar pusat tahanan Jinjang.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 30 orang termasuk anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) hadir ke lokap berpusat Jinjang di sini, Sabtu bagi memberi sokongan kepada penunjuk perasaan himpunan bantah GST yang ditahan pada Jumaat.

Terdahulu, polis mengesahkan seramai 32 orang ditahan kerana terlibat dalam himpunan bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), termasuk Penaung Pergerakan Negara-Ku, Datuk Ambiga Sreenavasan; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata, kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 141 dan 143 Kanun Keseksaan kerana mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Yoke dan Arutchelvan ditahan semalaman di Jinjang, dan Ambiga di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Ambiga tiba di lokap berpusat Jinjang pada kira-kira pukul 11.40 pagi Sabtu untuk pendengaran reman.

Beliau sempat melambaikan tangan dan menunjukkan isyarat tanda bagus kepada para penyokongnya yang melaungkan slogan "Bebas, bebas, bebas tahanan" ketika van yang dinaikinya memasuki perkarangan lokap berpusat Jinjang.

Ambiga, Loke dan Arutchelvan dijangka direman Sabtu.


Tags / Kata Kunci: bantah GST , pusat tahanan Jinjang

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan