Mayat Bayi Baharu Lahir Ditemui Dalam Beg Plastik

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 8:50 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang bayi lelaki dipercayai baharu dilahirkan ditemui dalam beg palstik di hadapan sebuah bangunan berhampiran Masjid Jamek Jalan Baru di sini, Sabtu.

Jurucakap polis berkata mayat yang masih mempunyai uri itu ditemui seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan pada 12.45 tengah hari.

"Berdasarkan keadaan mayat, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan dan mati sebelum ditinggalkan di hadapan bangunan yang agak sunyi itu. Jarak mayat itu ditemui kira-kira 100 meter dari masjid," katanya.

Beliau berkata mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor mengesahkan kejadian tersebut dan usaha mengesan pihak yang membuang mayat bayi itu sedang dibuat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pihak polis.
Tags / Kata Kunci: mayat bayi , ACP Rusli Mohd Noor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan