Gadis Patah Jari Tersepit Dalam Pengadun Kek - Berita Jenayah | mStar

Gadis Patah Jari Tersepit Dalam Pengadun Kek

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2015 3:07 PM

Keadaan pelajar perempuan tahun enam yang mendapat rawatan selepas jarinya tersepit dalam pengadun kek. Foto twitter @bombaJBPM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Niat baik seorang pelajar perempuan tahun enam membantu ibunya membuat kuih sempena cuti umum Hari Pekerja hampir menjadi tragedi apabila jarinya termasuk dalam pengadun kek di kediamannya di Jalan Mawar, Piasau Jaya Fasa 2 pada pagi Jumaat.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh King berkata, bomba mengambil masa 30 saat untuk mengeluarkan salah satu jari Nur Nasha Nabilla Yusuf, 12, yang tersepit dalam pengadun kek dengan menggunakan pemotong bolt.

"Mangsa nak membantu ibu membuat kuih tiba-tiba tertekan suis dan jari termasuk dalam pengadun kek," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata, jari mangsa telah patah dan kini sedang mendapat rawatan susulan di Hospital Miri.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan pada pukul 10.58 pagi dan sampai ke tempat kejadian pada pukul 11.23 pagi untuk memberi bantuan kepada murid itu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan