Enam Suspek Militan IS Didakwa Promosi Keganasan - Berita Jenayah | mStar

Enam Suspek Militan IS Didakwa Promosi Keganasan

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

ALOR SETAR: Enam suspek militan Negara Islam (IS) termasuk dalang, Murad Halimmuddin Hassan dan dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan kerana mempromosikan perbuatan keganasan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun.

Selain Murad, dua anggota TUDM yang didakwa merupakan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 29, dan Nor Azmi Jailani, 28.

Mereka yang lain adalah anak lelaki Murad yang berusia 25 tahun, Abu Daud, seorang pendawai elektrik warga Indonesia, Ali Saifuddin, 28, dan seorang pembantu sekolah agama, Hadharami Hashim, 38.

Dilaporkan Murad merupakan bekas anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan veteran bagi konflik bersenjata di Afghanistan, Sulawesi dan Syria.

Murad pergi ke Syria pada Ogos lalu dan kembali pada Disember tahun lepas, juga disyaki menjadi ketua kumpulan yang cuba untuk merompak senjata di Guar Chempedak.

Akhbar The Star sebelum ini melaporkan seramai 17 suspek didakwa merancang untuk mengadakan serangan keganasan terhadap beberapa lokasi di ibu negara.

Bagaimanapun, rancangan tersebut gagal apabila pasukan Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman menahan kesemua mereka dalam serbuan di Kedah dan Lembah Klang pada 5 April lalu.

Tags / Kata Kunci: IS
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan