Ops Warta Kesan Individu Miliki Kesalahan Trafik, Waran Tangkap

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 9:58 PM

Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Ops Warta bermula 5 Mei untuk mengesan individu yang mempunyai kesalahan trafik dan saman melibatkan 1.59 juta waran tangkap.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata waran tangkap itu dikeluarkan pihak mahkamah terhadap pesalah trafik yang gagal menghadiri perbicaraan kes kesalahan trafik.

Beliau berkata daripada jumlah 1.59 juta waran tangkap yang dikeluarkan, terdapat pesalah trafik yang sehingga kini tidak menyelesaikan saman mereka sejak tahun 1990.

"Waran tangkap ini masih aktif dan boleh disempurnakan pada bila-bila masa atau dalam keadaan apa sekalipun.

"Saya memberi amaran dan peluang kepada pesalah trafik dalam tempoh dua minggu supaya mereka tampil menyemak status dan menyelesaikan bayaran saman dari tarikh Ops Warta dilaksanakan," katanya dalam sidang media Ops Warga di Bukit Aman Khamis.

Menurutnya, orang awam boleh menyemak status saman mereka di balai polis trafik berhampiran di seluruh negara.

Mohd Fuad berkata PDRM mempunyai senarai penuh pesalah trafik dan senarai itu telah diagihkan kepada semua ketua Trafik negeri untuk tindakan.

"Saya menyeru kepada mereka yang mempunyai banyak tunggakan saman dan waran tangkap supaya tidak mendiamkan diri tetapi tampil berjumpa dengan saya atau ketua Trafik negeri supaya kami dapat melihat kedudukan saman berkenaan," katanya.

Selain itu, waktu kaunter bayaran saman di balai trafik akan dilanjutkan sehingga 10 malam sepanjang operasi itu dilaksanakan.

Berikutan itu, pihaknya juga akan melaksanakan sekatan jalan raya serta akan pergi ke premis pesalah trafik untuk tujuan mengesan dan menangkap mereka.

Dalam perkembangan lain, Mohd Fuad berkata polis akan menyaman dan menahan pelajar sekolah yang menunggang motosikal atau memandu kenderaan tanpa memiliki lesen memandu yang sah di sekolah mereka.

"Ini kerana pelajar sekolah yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah dianggap tidak terlatih membawa kenderaan dan mereka boleh mengundang bahaya kepada orang lain," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan