Guru Dan Anak Maut Kemalangan Babitkan Kereta Dan Treler

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 11:40 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang guru wanita dan anak lelakinya maut manakala suaminya cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori treler di Kilometer 20, Jalan Keramat Pulai-Cameron Highlands, dekat sini, Khamis.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata dalam kejadian 1.45 tengah hari itu, mangsa Noor Hashimah Ismail, 50, dan anaknya Wan Muhammad Adam, 9, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Suami mangsa, Wan Abdul Rahman Wan Yusof, 51, yang mengalami cedera parah di bahagian kaki kanan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini," katanya dalam kenyataan malam Khamis.

Beliau berkata kereta yang dipandu Wan Abdul Rahman terbabas lalu memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan lori treler ketika melalui selekoh tajam.

"Cuaca ketika itu hujan dan keadaan jalan yang licin menyebabkan kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki mangsa tiba-tiba terbabas ketika menuruni jalan berbukit lalu merempuh sebuah lori treler dari arah bertentangan yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Gua Musang, Kelantan.

"Pelanggaran itu menyebabkan kereta mangsa berpusing dan kedua-dua beranak yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Katanya, pemandu lori, Aminuddin Mat Hassan, 40, tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Wan Abdul Rahman ketika ditemui di HRPB berkata beliau berasa sangat sedih dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini dua anaknya juga meninggal dunia masing-masing ekoran kemalangan dan demam panas.

"Kami dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang untuk mengambil anak di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta yang sedang bercuti," kata pemandu teksi itu.

Beliau berkata pada awalnya, hanya dia dan Wan Muhammad Adam sahaja yang sepatutnya pergi mengambil anak ketiganya itu namun pada saat akhir isterinya, yang bertugas di SMK Bukit Rangin, Kuantan, mahu turut serta.
"Isteri saya begitu beria-ria mahu mengikut kami.

Dia sendiri pergi merayu pada pengetua untuk meminta cuti walaupun pada mulanya tidak diluluskan.


Menceritakan kembali saat itu, beliau berkata hari hujan dan jalan juga agak licin.
"Saya tiba-tiba tidak boleh mengawal kereta sebelum separuh daripada kenderaan berada di laluan treler," katanya dalam keadaan sebak.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan