Kasanova Laman Sosial Aniaya Teman Wanita, Larikan RM65,000

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 11:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kasanova laman sosial berumur 21 tahun menipu dan mengugut kenalannya sehingga menyebabkan kerugian wang tunai sebanyak RM65,000 dalam kejadian di Taman Setapak Jaya sejak 21 April.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata suspek dikenali sebagai Kong Hou Woon, No kad pengenalan: 940612-01-6629 dan alamat terakhirnya No. 11, Jalan Cantik 2, Taman Cantik, 86200 Simpang Rengam, Johor.

Suspek dan mangsa yang berusia 20 tahun mula berkenalan melalui laman sosial WeChat sejak bulan lepas.

"Dalam kejadian pertama, pada 10 pagi 21 April itu, suspek datang ke rumah mangsa di Taman Setapak Jaya dan mengugut mangsa dengan sebatang besi hitam sebelum meminta mangsa menyerahkan sejumlah RM30,000.

"Suspek mengugut jika mangsa enggan berbuat demikian, dia akan bertindak menyebarkan gambar separuh bogelnya ke dalam internet. Mangsa yang takut, kemudiannya pergi ke bank sebelum mengeluarkan duit itu dan menyerahkan kepada suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, Khamis.


Mohamad Roy berkata keesokannya, suspek sekali lagi pergi ke rumah mangsa dan meminta wang RM35,000 lagi dengan menggunakan taktik yang sama bagi menakutkan mangsa.

Hasil maklumat daripada mangsa, siasatan polis mendapati suspek pernah menipu kenalan lain di laman sosial sebelum ini.

Selain itu, suspek juga dikehendaki polis dalam dua kes di Johor iaitu di Taman Pelangi dan Kulai.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu menghubungi Insp Fakrul Razi Mohd Sayuti di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222.
Tags / Kata Kunci: kasanova , Mohamad Roy Suhaimi Sarif

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan