Sindiket Tipu Jual Beli Kereta Terpakai Didalangi Datuk Seri Tumpas

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 11:44 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu sindiket penipuan jual beli kereta terpakai menerusi laman web dipercayai meraih jualan RM10 juta.

Polis menahan tiga suspek, termasuk seorang "pengerusi syarikat" didakwa merupakan individu bergelar Datuk Seri, dan ketua pegawai eksekutif yang didakwa berstatus Datuk.

Kesemua suspek berumur antara 20 dan 39 tahun.

Polis menemui 27 kereta mewah dan sedang menjejaki lebih banyak kenderaan yang terlibat dalam sindiket.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, polis menerima 126 laporan antara akhir tahun lepas dan bulan ini mengenai sebuah syarikat di Jalan Pahang yang menipu pemilik kereta.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa mengiklankan kenderaan mereka di laman web yang menyenaraikan jualan kereta terpakai.

Sindiket itu akan menghubungi pemilik dan menawarkan untuk membeli kenderaan mereka pada harga lebih tinggi dari harga pasaran.

"Ia turut menawarkan untuk menyelesaikan sebarang baki pinjaman kenderaan itu dengan bank atau syarikat kewangan, dengan janji untuk menguruskan semua kertas kerja. Ia kemudiannya akan membayar sejumlah deposit kepada pemilik dan mengambil kereta itu," kata Hong Soon.

Sindiket kemudiannya akan menjual semula kenderaan itu.

"Mangsa hanya menyedari mereka ditipu apabila bank atau syarikat kewangan menghubungi mereka dan meminta mereka untuk membuat bayaran pinjaman bulanan yang tertunggak," katanya.

Menurut Law, segelintir mangsa turut menerima saman trafik kerana pemilikan kenderaan tidak ditukarkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta untuk tampil memberi kerjasama dengan pihak polis.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan