Man Botak Diburu Bantu Siasat Kes Curi Kereta

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 1:04 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis sedang mengesan dan memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai Man Botak bagi membantu siasatan berhubung kes mencuri kereta murah di sekitar negeri ini, Melaka dan Selangor.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, suspek yang berusia 23 tahun dan beralamat di Bukit Beruntung, Selangor itu dipercayai merupakan ketua kumpulan sindiket berkenaan.

"Nama sebenar suspek ialah Muhammad Shahril Izuwan Norzlan dan siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait dadah," katanya dalam sidang media di sini, Rabu.

Beliau berkata, suspek diburu susulan penahanan lapan lelaki berusia antara 28 hingga 55 tahun dalam Ops Lejang pada 15 hingga 21 April di negeri ini, Melaka dan Selangor.

Dalam operasi tersebut, pihak polis merampas lapan buah kereta Proton Wira, Perodua Kancil, Proton Satria, Naza Citra dan Honda Civic.

Pihak polis turut merampas dua buah motosikal, dua enjin kereta dan sebuah rangka kereta," kata Jaafar.

Beliau berkata, kumpulan tersebut dipercayai menyasarkan kereta jenis lama dan murah untuk dicuri sebelum dibawa ke bengkel dan meleraikan komponennya untuk dijual sebagai barang ganti.

"Mereka yang ditahan ada yang bekerja sebagai mekanik, penarik kereta dan pencuci kereta," katanya. 

Kesemua suspek direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Jaafar berkata, pihak polis dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menahan sembilan penjaga premis dan 36 wanita warga Vietnam dalam Ops Noda selepas memeriksa empat premis pusat hiburan di daerah ini Jumaat lepas.

Kesemua wanita warga Vietnam yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 45 tahun.

"Dalam operasi itu, pihak polis turut menahan seorang wanita warga China, seorang lelaki warga China, lima lelaki warga Myanmar, tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Indonesia," katanya.

Tags / Kata Kunci: Man Botak

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan