Sindiket Kereta Mewah: Polis Tahan Tiga 'Datuk'

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 9:38 PM

Law Hong Soon (kiri) menunjukan sebahagian daripada 27 kereta mewah terpakai pelbagai jenis yang berjaya dirampas selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis berjaya mematahkan sindiket penipuan urusan jual beli kenderaan mewah selepas menahan tiga individu menggunakan gelaran 'Datuk' palsu serta merampas 27 kereta mewah dianggar bernilai RM10 juta di Jalan Pahang, di sini.
|
Mereka yang berusia antara 20 hingga 39 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang pada 11 Mac lalu. 

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata sebelum ini, pihaknya menerima 126 laporan polis tentang kegiatan itu yang aktif sejak penghujung tahun lepas sehingga April ini.

Beliau berkata kegiatan terbabit disyaki didalangi oleh pengerusi syarikat berkenaan yang bergelar 'Datuk Seri' dan Ketua Pegawai Eksekutif bergelar 'Datuk'.

"Kebanyakan mangsa mengiklankan kereta milik mereka yang hendak dijual di laman web mudah.com.

"Kemudiannya, mangsa akan dihubungi oleh individu daripada syarikat AX Motor dan suspek mendakwa berminat untuk membeli kereta mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa.

Law berkata mangsa kemudiannya bersetuju untuk menjual kereta mereka kerana ditawarkan dengan harga tinggi, selain syarikat berjanji akan melunaskan baki hutang ansuran kereta dengan bank dan menguruskan urusan tukar nama kepada pemilik baharu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Selain itu, mangsa akan diberikan 'Bill of Sales' dan 'Undertaking Letter'yang mana syarikat tersebut dipertanggungjawabkan atas segala urusan berkaitan kereta mangsa selepas kenderaan dijual.

"Mangsa hanya akan menyedari ditipu oleh syarikat terbabit apabila merekamasih menerima panggilan daripada pihak bank meminta menjelaskan ansuran bulanan tertunggak," kata Law.

Selain itu, mangsa juga menerima saman daripada pihak berkuasa sedangkan kereta telah dijual kepada syarikat berkenaan manakala urusan tukar nama pemilik dengan JPJ juga tidak dilakukan sebagaimana dijanji.

"Apabila mangsa meminta kenderaan mereka dikembalikan, pihak syarikat memberikan pelbagai alasan serta meminta mangsa menjelaskan bayaran yang tinggi untuk mendapatkan semula kereta tersebut," katanya.

Law berkata hasil siasatan polis mendapati syarikat itu bukan didaftarkan untuk menjalankan perniagaan jual beli kereta terpakai tetapi menjual aksesori kenderaan.

Siasatan polis turut mendapati gelaran 'Datuk Seri' dan 'Datuk' yang digunakan oleh ketiga-tiga suspek disahkan bukan dianugerahkan oleh Sultan atau Yang Dipertua Negeri.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dengan hukuman sebat dan denda.

"Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila mengiklankan penjualan kereta mereka di laman web supaya tiada pihak tidak bertanggungjawab ambil kesempatan," katanya.

Law berkata mereka perlu menyemak terlebih dahulu status sesebuah syarikatsebelum berurusan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

Tags / Kata Kunci: sindiket kereta mewah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan