Jenayah Indeks Susut 12.6 Peratus Hasil Pencegahan Kumulatif

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 9:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah tahun lalu berjaya mengurangkan Jenayah Indeks sebanyak 12.6 peratus hasil usaha pencegahan jenayah kumulatif yang dilaksanakan sejak NKRA Mengurangkan Jenayah dilancarkan pada 2009.

Menurut laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2014, usaha pencegahan jenayah tertumpu kepada kejadian kes curi kereta, di mana kes berkenaan menurun kepada 13,407 kes berbanding 16,733 kes dicatatkan pada 2013.

Pengurangan jenayah curi kereta sebanyak 20 peratus pada tahun lepas, sekali gus menyumbang kepada penurunan ketara Jenayah Indeks sebanyak 12.6 peratus, penurunan kedua tertinggi dalam Jenayah Indeks sepanjang lima tahun yang lepas.

Di samping itu, pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PoCA) diluluskan untuk memberi kuasa lebih meluas kepada polis dalam menangani jenayah terancang serta penjenayah tegar dan ganas, menurut laporan itu.

Selain itu, laporan itu turut menggariskan empat lagi pencapaian GTP mengurangkan jenayah pada 2014 termasuk mencegah kejadian pecah rumah, meningkatkan Indeks Persepsi Keselamatan, meningkatkan bilangan kertas siasatan yang dibawa ke muka pengadilan dan meningkatkan kepuasan orang ramai terhadap perkhidmatan polis.

Pencapaian itu, antara lain, menunjukkan tahap kepuasan orang awam terhadap prestasi polis meningkat kepada 92.5 peratus menjangkaui sasaran asal 80 peratus dan pencapaian 116 peratus.

Usaha mengurangkan kes pecah rumah melalui rondaan polis di kawasan kediaman (Omnipresence); Pasukan Khas Cegah Kejadian Pecah Rumah; menyelaraskan sukarelawan melalui kepolisan komuniti menyaksikan penurunan kes itu sebanyak 11.7 peratus pada tahun lalu berbanding 2013.

Laporan tahunan itu turut menyebut sebanyak 147,171 kes jenayah dibawa ke muka pengadilan iaitu meningkat kepada 43.3 peratus, menjangkaui sasaran asal 35 peratus dan pencapaian 124 peratus.

Pelaksanaan inisiatif pencegahan jenayah menyaksikan penubuhan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), yang ditempatkan di bawah Bukit Aman, bagi menyelaraskan sesi jangkauan dan interaksi dengan komuniti untuk menjalin hubungan erat dalam membantu memerangi jenayah.

PDRM juga menubuhkan Unit Perhubungan Antarabangsa (ILU) bagi mengurus isu jenayah yang dibangkitkan pelancong, ekspatriat dan komuniti perniagaan antarabangsa dengan kerjasama kedutaan dan pesuruhjaya tinggi.

Laporan itu juga menyebut lebih 1.1 juta orang berikrar dalam kempen Bersama Membanteras Jenayah (UAC) dalam gerakan mendidik komuniti terhadap kepolisan untuk menyemai kesedaran masyarakat dan sektor swasta dalam mencegah jenayah.

Laporan tahunan itu merumuskan lebih banyak penekanan akan diberi untuk menangani isu kecelaruan sosial dalam usaha mencegah bibit jenayah daripada disemai, terutamanya bagi bekas banduan dan penagih dadah yang perlu diberi peluang luas untuk pulang ke pangkuan masyarakat agar mereka tidak kembali kepada jenayah lampau. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: NKRA , jenayah , GTP

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan