PRK Rompin: Polis Terima 31 Laporan - Berita Jenayah | mStar

PRK Rompin: Polis Terima 31 Laporan

Diterbitkan: Selasa, 28 April 2015 5:59 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Polis menerima 31 laporan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin sejak proses penamaan calon pada Rabu lalu.

Ketua Pusat Media PRK Rompin, Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata,  daripada jumlah tersebut tiga kes siasatan jenayah dan dua kes siasatan jenayah narkotik telah dibuka.

"Dua kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan khianat, manakala dua lagi kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Terdapat satu lagi kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan Ugutan Jenayah," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Ahad, polis menerima dua laporan polis daripada dua pegawai penguatkuasa kempen pilihan raya berhubung tindakan menurun dan merampas kain rentang tanpa logo parti politik yang dipasang.

"Rampasan pertama di kawasan Felda Selendang, Rompin melibatkan satu kain rentang, manakala rampasan kedua di kawasan simpang Sungai Meranti, Tanjung Gemok melibatkan tiga kain rentang," katanya.

Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut diambil berlandaskan kesalahan di bawah Subseksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


Tags / Kata Kunci: PRK Rompin , Abdul Aziz Mahmud , polis
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan