Polis Buru Saki Baki Suspek Militan - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 7:18 PM

Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis kini memburu saki baki anggota kumpulan 12 individu yang ditahan di Hulu Langat dan Cheras pada Ahad bagi melumpuhkan sepenuhnya gerakan kumpulan itu untuk melakukan serangan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, nama dan jumlah mereka yang dipercayai anggota kumpulan pengganas IS itu sudah berada di tangan polis dan pasukan keselamatan sedang menjejaki mereka.

"Kami masih memburu dan sangat serius dalam menjejaki mereka...saya yakin polis boleh mengesan dan dapatkan individu terbabit walau di mana mereka berada.

"Selain memantau pintu masuk dan keluar melalui jalan udara, polis juga menjejaki 'lorong-lorong tikus' meliputi laluan darat dan laut termasuk mengesan perbualan atau komunikasi mereka dalam media sosial," katanya pada sidang media pada Isnin.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, Vicky Treadell di pejabatnya di sini.

Kumpulan lelaki berusia antara 17 dan 41 tahun itu ditahan anggota Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman dalam satu operasi khas.

Polis turut menemui peralatan dan bahan untuk menghasilkan bahan letupan. 

Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu sedang merancang melancarkan serangan ke atas sasaran-sasaran strategik dan berkepentingan kerajaan di sekitar Lembah Klang.

Ahmad Zahid berkata, walaupun kumpulan berkenaan tidak pernah ke Syria atau Iraq, namun tindakan itu menunjukkan mereka mempunyai rangkaian dan bersedia melakukan kegiatan keganasan dan aktiviti yang negatif kepada negara. 

Kumpulan itu bukan sahaja berlatih membuat bom tetapi turut menjalankan uji kaji terhadap bahan letupan yang dibuat dan jika tidak dicegah, tentunya akan mendatangkan ancaman lebih besar kepada sasaran-sasaran yang telah ditentukan mereka, katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri telah menerima cadangan daripada tujuh syarikat berhubung pembinaan tembok sepanjang 1,763 kilometer dari Kelantan hingga Perlis.

Katanya, pembinaan itu perlu disegarakan bagi menambah elemen keselamatan kerana adalah mustahil jika 'hanya orang atau anggota' sahaja yang bertugas menjaga sempadan daripada dibolosi.

Bagaimanapun setakat ini kami belum mendapat kata putus daripada Kementerian Kewangan untuk penyediaan belanjawan berkenaan, katanya tanpa mendedahkan nama syarikat dan spesifikasi binaan.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , militan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan