APMM Selamatkan Dua Nelayan Hanyut

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 3:35 PM

Seorang daripada nelayan yang diselamatkan APMM pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Pasukan peronda Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan dua nelayan tempatan yang hanyut di Laut Cina Selatan, di luar pesisir pantai utara Sarawak selepas kapal mereka mengalami masalah enjin.

Ketua APMM Miri, Mohd Sahrin Idris berkata, kedua-duanya dikesan berada pada kedudukan 15 batu nautika dari pantai Miri.

Beliau berkata, mereka ke laut pada Ahad kira-kira pukul 6 petang.

"Pejabat APMM terima panggilan kecemasan daripada nelayan berkenaan pada pukul 5 pagi, Isnin sebelum bot peronda kami, KM Mersuji diarahkan menjalankan operasi mencari mereka bagi mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Ketika ditemui, kedua-dua nelayan berkenaan, Patrick Fabian dan Muhamad Ridzuan Abdullah dalam keadaan selamat dan bot peronda APMM menunda kapal mereka ke pesisir pantai.

Sahrin berkata, nelayan berkenaan berterima kasih kerana APMM berusaha menyelamatkan mereka dan membawa mereka pulang.

Tags / Kata Kunci: APMM , nelayan , Miri

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan