PRK Rompin: Bilik Gerakan Parti Diserang - Berita Jenayah | mStar

PRK Rompin: Bilik Gerakan Parti Diserang

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Dua lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol dilapor membaling kerusi ke arah seorang pekerja parti di bilik gerakan sebuah parti politik di Bandar Baru Rompin awal pagi Ahad.

Ketua Pusat Media Pilihan Raya Kecil Rompin, Superitendan Abdul Aziz Mahmud berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 4 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 31 tahun dan tiga rakannya didatangi kedua-dua suspek dalam keadaan terhuyung-hayang dan terus membaling kerusi ke arah mereka.

Pengadu kemudiannya menjumpai para pelaku tersebut di markas sebuah parti politik lain yang terletak berdekatan dengan bilik gerakan itu, katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Aziz berkata pengadu turut melapor berlaku bergelutan antara mereka apabila pengadu bertanyakan tentang motif serangan itu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Rompin , bilik gerakan , Abdul Aziz Mahmud
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan