Lelaki Warga Indonesia Ditahan Bawa Peluru Hidup Di LTAPP

Diterbitkan: Sabtu, 25 April 2015 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Gara-gara membawa tiga butir peluru hidup, seorang lelaki rakyat Indonesia ditahan ketika pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Jumaat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superitendan Lai Fah Hin berkata, lelaki tersebut dikesan membawa objek mencurigakan ketika melalui mesin pengimbas di pintu masuk Balai Pelepasan Antarabangsa dalam pemeriksaan pukul 10.30 pagi itu.

"Peluru jenis .32 R.P Auto itu ditemui dalam beg sandang lelaki berumur 41 tahun terbabit dan dia sepatutnya berlepas ke Medan pada 12 tengah hari semalam," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Fah Hin berkata, lelaki itu bertugas sebagai pegawai penjara di pejabat Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia (HAM) Wilayah Sumatera Utara, namun tiada sebarang surat kebenaran untuk membawa peluru dikemukakannya.

Fah Hin berkata, pihak Konsulat Indonesia telah dimaklumkan mengenai kejadian  dan lelaki itu masih ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru tanpa kuasa sah.

Tags / Kata Kunci: peluru , LTAPP , Lai Fah Hin

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan