Kes Tetak: Pok Yeh Dan Abi Diburu

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 5:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tiga suspek termasuk seorang anggota tentera sedang diburu kerana dipercayai terlibat dalam kes menetak empat sekeluarga di Felda Panching Timur di sini Ahad lepas.

Anggota tentera itu dikenali sebagai Mohd Afizan Zakaria, 30-an, rakan-rakanya Mat Zailani Mat Jusoh, 37, atau Pok Yeh serta Shahrul Kadri Kamaridun, 29, atau Abi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 50-an berasal dari Kampung Baru Seri Pandan disini.

Beliau berkata kejadian berpunca akibat perselisihan faham yang menyebabkan para mangsa serta seorang penyerang mereka cedera.

Kejadian berlaku apabila lima lelaki bersenjatakan parang menyerang rumah mangsa.

Seorang penyerang yang berumur 56 tahun telah ditahan.

Abdul Aziz berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ketiga-tiga suspek diminta menghubungi 013-9203510 atau balai berhampiran.

Tags / Kata Kunci: Pok Yeh , Abi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan