Lelaki Cari Lembu Hilang Ditemui Mati

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang penternak lembu ditemukan mati di kawasan kebun kelapa sawit dekat Kampung Hutan Padang Tapong di sini kira-kira jam 3.30 petang Rabu oleh seorang rakannya.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Suhaimi Mohamed, 59, yang bekerja sendiri tinggal di Kampung Padang Luas, Jerteh kira-kira lapan kilometer daripada tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata sebelum itu mangsa yang pergi secara bersendirian sedang mencari lembunya yang hilang telah menghubungi rakannya yang dikenali sebagai June di Pasir Putih, Kelantan untuk datang membantunya kira-kira pukul 2.00 petang Rabu.

Katanya apabila sampai di kawasan hutan berkenaan June telah cuba menghubungi mangsa melalui telefon bimbit dan rakannya itu memberitahu yang ia berada di satu kawasan dengan menyeberang sebatang sungai di situ.

"Kira-kira sepuluh minit kemudian rakannya tiba-tiba mendengar bunyi salakan anjing kepunyaan mangsa dari satu kawasan sebelum disusuli dengan bunyi tembakan sebanyak dua kali," kata Khaled kepada media di sini, Khamis.

Katanya curiga dengan bunyi tembakan itu rakannya telah mencari mangsa dan berjaya menemuinya dalam keadaan terlentang dengan senjatanya masih di dakapannya manakala seekor babi hutan turut ditemui mati 15 meter daripada mangsa ditemukan.

Mayat mangsa dikeluarkan daripada kawasan berkenaan kira-kira jam 11.00 malam tadi dan dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.

Pihak Hospital Daerah Besut mengesahkan kematian mangsa disebabkan serangan jantung dan pemeriksaan ke atas mayat mangsa juga didapati tiada sebarang kesan kecederaan kecuali hanya luka kecil di bawah telinganya.

Tags / Kata Kunci: Besut , Lembu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan