Ketua JSJ P.Pinang Bertukar Ke Urusetia KPN Bukit Aman

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2015 3:31 PM

Mazlan (kiri) menyerahkan tugasnya kepada Asisten Komisioner P.R. Gunarajan Ramayal pada majlis ringkas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang sambil disaksikan Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk A.Thaiveegan (tengah).

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Datuk Mazlan Kesah menyerahkan tugasnya kepada Timbalan JSJ Negeri Asisten Komisioner P.R Gunarajan dalam majlis ringkas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Mazlan yang bertugas di Pulau Pinang sejak 1 Ogos 2012 berpindah ke Urusetia Ketua Polis Negara (pentadbiran) Bukit Aman.

Gunarajan akan memangku jawatan itu sehingga pengganti Mazlan ditentukan kelak.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk A.Thaiveegan.

Ketika berucap, Mazlan berkata, beliau berterima kasih atas bantuan, kerjasama dan sokongan semua pegawai dan anggota polis di kontinjen Pulau Pinang sepanjang berkhidmat di negeri ini.

"Saya berharap kerjasama itu akan diteruskan dan segala teguran yang membina akan memastikan tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang pada masa akan datang," katanya.-- Bernama 



Tags / Kata Kunci: Mazlan Kesah , JSJ , Bukit Aman

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan