Wanita Filipina, 10 Warga Nigeria Ditahan Kerana Penipuan African Scam

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 7:20 PM

Mohd Roy Suhaimi Shariff

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket penipuan membabitkan warga Afrika atau African Scam, dengan penahanan seorang wanita Filipina dan 10 lelaki Nigeria dalam serbuan di empat lokasi di sekitar Setapak, sejak petang Ahad hingga awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superitendan Mohd Roy Suhaimi Shariff berkata, serbuan dilakukan pada pukul 6 petang hingga 3 pagi.

"Kesemua suspek berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun dan masuk ke negara ini menggunakan visa sebagai pelajar.

Polis turut merampas 18 telefon bimbit, 17 komputer riba, lapan 'pen drive', sebuah cakera keras dan pencetak serta pelbagai dokumen yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah mereka," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini, Isnin.

Beliau berkata, pihaknya bertindak mengesan kesemua suspek berdasarkan laporan yang diterima daripada seorang ahli perniagaan yang telah terpedaya dengan kegiatan itu.

Mohd Roy berkata, pengadu tampil membuat laporan polis semalam dan berikutan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial membuat siasatan dengan mengesan alamat protokol internet (IP) yang digunakan suspek.

"Serbuan dilakukan di empat buah kondominium di sekitar Setapak yang disewa sindiket berkenaan dan dijadikan sebagai markas untuk melakukan penipuan, katanya sambil menambah suspek telah bergiat aktif melakukan jenayah itu sejak 2010.

Mohd Roy berkata pengadu mendakwa dia terpedaya dengan seorang wanita setelah berkenalan dengan suspek selama tiga bulan menerusi laman sosial Facebook.

"Mangsa diminta membuat bayaran cukai kastam sebanyak RM25,247 secara berperingkat melalui akaun bank milik suspek bagi memperoleh barangan tertentu yang dibeli secara dalam talian oleh mangsa," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian merasa tertipu apabila tiada barangan seperti yang dinyatakan suspek selepas mangsa menjelaskan bayaran cukai itu.

Menurut Mohd Roy, setakat ini, pihaknya mengesan terdapat lebih 10 laporan polis berhubung sindiket berkenaan diterima dengan kerugian hampir RM1.5 juta di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Kesemua suspek yang ditahan direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

"Saya menasihatkan orang ramai agar jangan terpedaya dengan sindiket terbabit, jika hendak membeli sesuatu barangan secara dalam talian haruslah disiasat terlebih dahulu latar belakang mereka," katanya.-- Bernama


iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan