Polis Kenal Pasti 16 Lokasi Panas Di Permatang Pauh

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 4:05 PM

Abdul Rahim Hanafi.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Polis telah mengenal pasti 16 lokasi panas di sekitar kawasan Parlimen Permatang Pauh sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata, polis turut mengenal pasti sembilan kawasan yang berkemungkinan berlaku pergaduhan.

Abdul Rahim berkata, bagi memastikan proses PRK itu lancar, polis membuka 30 bilik gerakan di kawasan berkenaan dan menempatkan 260 pegawai serta anggota untuk 24 jam.

"Pada pandangan saya, pilihan raya kecil Permatang Pauh ini nampaknya rancak. Saya percaya kekuatan pegawai dan anggota kontinjen Pulau Pinang serta bantuan daripada Bukit Aman akan dapat menjaga keamanan di sini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Abdul Rahim ditemui selepas mengadakan lawatan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam yang merupakan pusat penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh, di sini Isnin.

Abdul Rahim turut menasihatkan parti-parti politik yang bertanding agar memohon permit ceramah untuk berkempen mulai sekarang kerana permohonan permit boleh dibuat dalam tempoh 10 hari sebelum mengadakan ceramah.

"Saya nasihatkan parti-parti politik bertanding agar tidak menimbulkan provokasi atau membangkitkan isu-isu sensitif sepanjang tempoh berkempen," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei.

Tags / Kata Kunci: Permatang Pauh , Abdul Rahim Hanafi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan