Rasuah Di Malaysia Terkawal - Pakar Antarabangsa

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pakar antarabangsa berpendapat masalah rasuah di Malaysia adalah terkawal dan perkara ini terbukti melalui pelaburan yang terus meningkat.

Michael Hershman, pengasas bersama Transparency International (TI), sebuah badan bukan kerajaan yang memantau dan memberi publisiti tentang amalan rasuah dalam badan korporat serta politik antarabangsa, berkata pelaburan tidak akan berkembang di negara yang dikuasai rasuah.

"Rasuah menghalau pelaburan dari sesebuah negara. Tetapi, Malaysia mendapat pujian sebagai sebuah negara yang bersifat mesra dengan negara lain dalam menjalankan perniagaan," katanya dalam sesi temu bual di sini.

Indeks Kebebasan Ekonomi 2015 meletakkan Malaysia di tangga ke-31 sebagai ekonomi paling bebas daripada 178 negara, dengan memperoleh 70.8 mata.

Menurut laporan itu, mata yang diperoleh Malaysia meningkat 1.2 sejak tahun lepas, dengan kadar penambahbaikan dari segi kebebasan daripada rasuah, kebebasan untuk berniaga dan kebebasan untuk berdagang, mengatasi kemerosotan dari segi kebebasan buruh dan pengurusan perbelanjaan kerajaan.

Sambil menegaskan bahawa tiada negara yang bebas sepenuhnya daripada rasuah, Hershman berkata masalah rasuah bukan berpunca daripada kerajaan semata-mata, dan oleh itu, rakyat perlu berhenti daripada menyalahkan kerajaan.

"Memang mudah untuk menyalahkan kerajaan, 'mereka selalu dianggap sebagai pihak yang jahat', tetapi rasuah tidak akan wujud jika manusia tidak terlibat dengannya.

Oleh itu, daripada bertanya apakah yang patut kerajaan lakukan, eloklah kita bertanya diri sendiri, apakah yang boleh kita lakukan untuk memerangi rasuah.

"Masalahnya ialah berapa ramai yang bersedia berkata 'tidak' kepada rasuah,"katanya ambil menjelaskan bahawa terdapat laporan bahawa orang ramai keberatan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang amalan rasuah.

Hershman bagaimanapun memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana menyediakan talian khas untuk orang ramai membuat laporan kerana langkah itu membuat mereka lebih yakin untuk tampil memberi maklumat.

Beliau mengesyorkan agar Malaysia mendidik rakyatnya sejak di peringkat sekolah rendah lagi tentang usaha memerangi rasuah untuk membebaskan negara ini daripada perbuatan keji itu.

"Anak-anak kita perlu dididik tentang perbezaan antara perkara betul dansalah kerana rasuah tidak boleh dihapuskan semata-mata dengan menjatuhi hukuman penjara, tetapi dengan mendidik masyarakat dan mencegah mereka daripada melakukannya," kata beliau.

Tags / Kata Kunci: Rasuah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan