16 Anggota Polis Positif Dadah Di Kelantan - Mazlan

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 7:35 PM

Mazlan Lazim.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seramai 16 anggota polis di Kelantan dikenalpasti positif dadah sejak Januari hingga Mac lepas, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim. 

Mazlan berkata pihaknya telah mengambil tindakan tegas terhadap anggota terbabit. 

"Pihak kami telah membuat prosedur yang teliti serta mengambil tindakan tegas kepada anggota yang terlibat dan bersekongkol dengan pengedar dadah. 

"Ia berikutan anggota ini menyukarkan pihak kami untuk melakukan operasi dan tidak dapat melakukan tangkapan akibat kebocoran maklumat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara penutup program Walkathon "Benci Dadah" di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Ahad.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Rosli Abdul Rahman dan Pengerusi Inspirasi Penubuhan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kelantan Datin Siti Aishah Haron.  

Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata pihaknya akan terus memburu pengedar dadah di negeri ini. 

"Hasilnya, seramai 154 pengedar dadah berjaya ditangkap sejak Jan hingga Mac lepas dalam Ops Jaya berbanding 135 kes dalam tempoh sama tahun lepas," katanya. 

Sementara itu, katanya, seramai 81 pelajar sekolah bakal mengikuti kursus pemulihan dadah bagi kem motivasi pencegahan jenayah sebagai langkah kerjasama polis dan pihak sekolah untuk membanteras dadah di peringkat sekolah. 

Program Walkathon "Benci Dadah" itu telah disertai kira-kira 1,000 peserta daripada kalangan remaja, belia dan orang dewasa.  

Tags / Kata Kunci: Polis positif dadah

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan