Pelajar Dakwa Dibelasah 30 Senior Sekolah Agama Di Pendang

Diterbitkan: Ahad, 19 April 2015 9:22 PM

Zahari menunjukkan kesan lebam pada anggota badan anak saudaranya Muhammad Ammar Aqil Zainudin yang dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior sebuah sekolah agama di Pokok Tai Pendang.

(Ubah saiz teks)

GURUN: Seorang pelajar Tingkatan Satu mendakwa dipukul kira-kira 30 pelajar senior di sebuah sekolah agama di Pokok Tai,Pendang pada Sabtu.

Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra di sini mendakwa dia dipukul pelajar-pelajar itu dari 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama pelajar senior.

Anak kedua daripada tiga beradik itu mendakwa dia dipukul selepas dituduh mencuri dompet mengandungi wang tunai RM60 milik seorang pelajar Tingkatan Dua.

Menurutnya beliau sebenarnya menemui dompet itu di padang sekolah itu kira-kira 6.30 petang Jumaat (17 April) dan menyimpannya sebelum menyerahkan kepada pemiliknya.

"Mereka (pelajar senior) minta dompet itu dan saya serahkannya sekali dengan wang. Tetapi mereka pukul saya, tumbuk saya di seluruh badan, tampar muka, libas dengan tuala, bakar rambut dan gunting rambut saya sampai botak," katanya kepada pemberita di rumahnya pada Ahad.

Muhammad Ammar berkata selepas dibelasah, beliau diletakkan di luar bilik pelajar senior dan terpaksa merangkak ke biliknya dalam keadaan lemah.

Menurutnya pelajar senior terbabit turut mengugutnya supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah dan ibu bapanya atau beliau akan dibelasah lagi.

Sementara itu bapa saudaranya, Zahari Haris, 43, berkata kejadian itu diketahui bapa Muhammad Ammar kira-kira 8 pagi pada hari sama ketika melawatnya di asrama.

Bapanya kemudian membawa Muhammad Ammar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk membuat pemeriksaan perubatan dan mendapati tiada kecederaan dalaman, cuma bengkak dan lebam pada peha, muka dan belakang badan.

Zahari berkata laporan polis mengenai kejadian itu kemudian dibuat di BalaiPolis Gurun kira-kira 2.30 petang. Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abd Aziz Ahmad yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Tags / Kata Kunci: Dipukul pelajar senior

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan