Pondok Pengawal Dibakar: Seorang Maut, Enam Cedera

Diterbitkan: Sabtu, 18 April 2015 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang pengawal keselamatan maut manakala enam lagi cedera selepas tiga pondok pengawal di sebuah taman perumahan di Bandar Bukit Raja di sini diserang dan dibakar sekumpulan lelaki, awal pagi Sabtu.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Ridzhuan Che Bi, 26; manakala lima lagi pengawal keselamatan yang cedera adalah N. Arujunam, 64; Aziz Salim, 56; K. Muniandy, 61; A. Naagendran, 26 dan S.Renganathan, 45.

Turut cedera seorang lagi yang dikenal pasti sebagai S.Kannan, 45.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Zailan Tasir berkata polis menerima panggilan kira-kira pukul 2 pagi tadi memaklumkan tiga pondok pengawal keselamatan sekitar taman perumahan Bandar Bukit Raja diserang dan dibakar sekumpulan lima lelaki yang tidak dikenali.

Katanya ketika kejadian, Muhammad Ridzhuan yang berasal dari Pulau Pinang sedang bertugas di sebuah pondok di taman perumahan itu manakala kesemua mangsa yang cedera berada di dua pondok berasingan yang terletak berhampiran.

"Siasatan awal mendapati dua pondok keselamatan dibakar manakala satu lagi dipecah cermin tingkapnya. Punca kejadian dipercayai berlaku akibat perebutan kawasan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihak forensik telah mengambil kesan darah dan tiga cap jari di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati kesemua tiga pondok pengawal baharu didirikan di kawasan itu.

Katanya pengawal keselamatan yang maut terbakar dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini untuk bedah siasat, manakala enam lagi yang cedera sedang menerima rawatan di hospital sama.

Tags / Kata Kunci: Klang , Pengawal Keselamatan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan