Lelaki Dan Teman Wanita Ditahan Miliki Tiga Pistol

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 10:47 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan seorang wanita berusia 49 dan 24 tahun yang dipercayai pasangan kekasih, ditahan kerana memiliki tiga pucuk pistol secara haram, dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Ampang pada Khamis.

Selain pistol, polis turut menemui cop pengesahan menggunakan nama 'Datuk Azharudin Ahmad' yang kononnya bertugas sebagai pegawai tugas khas kepada Menteri Dalam Negeri, yang sebenarnya tidak wujud, serta kad nama 'Datuk Azharudin Ahmad' yang beralamat di Unit Khas Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

Polis turut menemui pas keselamatan Kementerian Dalam Negeri dan pas kerja JPM di Majlis Keselamatan Negara, dalam tangkapan kira-kira 3 petang itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supritendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pihaknya mendapat maklumat awam bahawa terdapat individu yang mencurigakan menyamar sebagai 'Datuk' dan menetap di pangsapuri itu.

Beliau berkata polis menyerbu rumah itu dan menahan lelaki dan wanita berkenaan yang mengaku sebagai tuan rumah.

"Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu mempunyai rekod kesalahan lampau dadah yang dikehendaki polis di Tangkak, Johor.

Pemeriksaan dalam rumah suspek, polis menemui tiga pucuk pistol dalam tiga buah beg hitam tertulis Jabatan Perkhidmatan Awam di bilik berlainan iaitu sepucuk Revolver dan dua pistol automatik di dalam bilik suspek.

"Selain itu, polis juga menemui enam butir peluru beserta 119 bebola besi dalam beg lutsinar serta sebilah pisau panjang. Turut ditemui sepasang gari,"katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Jumaat.

Beliau berkata pihaknya juga menemui kad pengenalan atas nama 'Fadzilah Hashim'. 

"Polis telah menghubungi pihak JPM untuk mendapatkan pengesahan, bagaimanapun pas (kerja) itu tidak wujud," katanya.

Beliau berkata suspek kemudian membawa polis ke kawasan parkir bawah tanahdan hasil pemeriksaan ke atas kereta suspek jenis Kelisa, pihaknya menemui sehelai jaket berwarna hijau jenama Polo tertera tulisan 'Special Forces Gerak Khas KDN'.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama lima hari sehingga Isnin depan.

Tags / Kata Kunci: Pistol

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan