Mayat Dua Sahabat Ditemui - Berita Jenayah | mStar

Mayat Dua Sahabat Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Mayat dua sahabat karib yang lemas selepas terjatuh dari jeti Kampung Jorak, Bukit Pasir, di sini dua hari lalu, ditemui masing-masing malam tadi dan awal Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Marzuki Ismail berkata mangsa pertama yang dijumpai oleh orang awam pada pukul 10.11 malam ialah Elis Norfairusnizam Sidek, 15, kira-kira 150 meter dari jeti tempat kejadian.

"Mangsa kedua pula Muhammad Afiq Asyraf Mohamad Najib, juga 15 tahun, ditemui pada pukul 3.49 pagi ini oleh orang awam pada jarak lebih kurang 50 meter dari jeti tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Rabu lalu, dua sahabat itu dipercayai terjatuh dari jeti ketika bermain pada kira-kira pukul 6.30 petang.

Seorang daripada mereka dipercayai tergelincir dan difahamkan rakannya cuba membantu tetapi turut tenggelam dan dihanyutkan arus deras.

Marzuki berkata mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat.

Katanya operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan lebih 70 anggota termasuk unit menyelam.

Sementara itu, bapa Muhammad Afiq Asyraf, Mohamad Najib Attan, 48, menerusi laman sosial Facebook miliknya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu, berdoa dan memberi kata-kata semangat kepada mereka sekeluarga.

Tags / Kata Kunci: Muar , Sungai Jorak
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan