Mayat Dua Nelayan Terapung Dekat Pulau Perhentian

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Mayat dua nelayan, yang hilang di lautan sejak Rabu lepas setelah bot dinaiki mereka karam di kawasan Terumbu Tiga dekat Pulau Perhentian, dijumpai terapung oleh sekumpulan nelayan kira-kira 8 pagi ini, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah mengesahkan mayat Ahmad Anuar Mat Sin, 33, dan bapa saudaranya Ibrahim Kadir, 46, dari Pattani, Thailand dijumpai berhampiran kawasan tempat kejadian bot karam.

Katanya pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengambil kedua-dua mayat tersebut daripada nelayan berkenaan.

"Kedua-dua mayat itu dibawa ke jeti nelayan Kuala Besut seterusnya diserahkan kepada pihak polis dan telah dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi Rabu itu, bot kepunyaan seorang tauke tempatan yang menggaji 25 nelayan Thailand berumur lingkungan 18 hingga 56 tahun telah terlanggar batu besar dan karam dalam cuaca ribut dan ombak besar.

Bagaimanapun, lainnya berjaya diselamatkan oleh sebuah bot nelayan lain.

Sementara itu, tekong bot karam itu, Ismail Kadir, 56, ketika ditemui Bernama berkata kedua-dua mangsa merupakan anak saudara dan adiknya dan mayat mereka akan dibawa pulang ke Pattani untuk dikebumikan setelah bedah siasat selesai.

Tags / Kata Kunci: Nelayan , Pulau Perhentian

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan