Penduduk Sarawak Diberi Amaran Tidak Subahat, Lindungi Pati

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Sarawak memberi amaran kepada penduduk tempatan supaya tidak melindungi pendatang asing tanpa izin (Pati) yang jumlahnya kini mencecah lebih 80,000 di negeri itu.

Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada sumber risikan bahawa terdapat penduduk tempatan yang menyediakan penempatan kepada Pati.

“Kita dapat tahu mereka sewakan penempatan kepada Pati. Ini adalah satu kesalahan kerana melindungi Pati di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen.

“Operasi bersepadu dan berkala akan dipergiatkan bagi membanteras Pati di negeri ini. Jika kita dapat kesan penduduk tempatan melindungi Pati, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Selasa lalu, Hamfatullah Syawal mendedahkan bahawa berdasarkan sumber risikan agensi penguatkuasa mengesan kehadiran kira-kira 80,000 Pati di Sarawak.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, hukuman denda akan dikenakan tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengenai pendedahan 80,000 Pati di Sarawak, Hamfatullah Syawal tidak menolak kemungkinan golongan itu akan cuba bersembunyi di ceruk-ceruk kampung selain hutan atau melarikan diri melalui jalan-jalan tikus.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya penduduk kampung memberikan maklumat sekiranya mendapati terdapat Pati yang berada di kawasan mereka.

“Penduduk tempatan boleh menyalurkan maklumat mengenai Pati di bilik gerakan kita di talian 082-486504, 082-239140 dan 082-486576 atau fax ke 082-486510.

“Kita minta penduduk tempatan supaya memberikan kerjasama dalam usaha menangani kebanjiran Pati,” katanya sambil menambah lebih 50 aduan yang diterima orang ramai mengenai Pati di negeri itu sejak Januari lalu.

Sejak Januari sehingga 10 April lalu, Jabatan Imigresen Sarawak telah melakukan sebanyak 106 operasi membanteras Pati dan sebanyak 578 Pati yang ditangkap kerana melanggar pelbagai kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen. 

Tags / Kata Kunci: Imigresen , Pati , Hamfatullah Syawal Hamdan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan